Negara-Negara Kota Pyu


Negara-negara kota Pyu merupakan sekelompok negara kota yang wujud dari abad ke-2 SM sehingga ke-11 M di sebelah atas Burma moden. Kelompok negara-negara kota ini dibangunkan selepas penghijrahan orang Pyu yang berbahasa Tibeto-Burman ke selatan. Mereka merupakan penghuni terawal di Burma moden dan rekod mereka pun banyak.

Zaman ribuan tahun mereka, itu sering dirujuk sebagai Milenia Pyu, dihubungkan dengan zaman gangsa sehingga bermulanya zaman negara-negara kota klasik apabila munculnya kerajaan Pagan pada lewat abad ke-9 M.

Negara-negara kota itu terdiri daripada lima kota utama yang bertembok dengan kota-kota kecil. Tinggalan kota-kota ini digali semula oleh pakar arkeologi dan di situ juga letaknya tiga rantau yang menyaliri bahagian hulu Burma atau Myanmar. Saliran-saliran di situ adalah:
  • Lembah Sungai Mu
  • Lembangan-lembangan Kyaukse
  • Rantau Minbu, sekitar pertembungan antara Sungai Irrawaddy dan Sungai Chindwin. 
Bahagian laluan darat antara China dan India, rantau negara-negara kota Pyu beransur-ansur berkembang ke selatan. Kota Halin dibangunkan pada abad pertama masihi di hujung utara Hulu Burma. Ia merupakan kota yang terpenting dan terbesar di situ sehingga sekitar abad ke-7 dan ke-8 M.

Seterusnya ia ditenggelamkan dengan kemunculan kota Śrī Ketra (kini terletak berdekatan Pyay di Myanmar moden) di hujung selatan. Negara kota Śrī Ketra luasnya, dua kali ganda daripada negara kota Halin. Ia kemudian menjadi kerajaan pusat bagi bangsa Pyu dan yang terbesar sekali.

Kebudayaan bangsa Pyu sangat dipengaruhi oleh perdagangan dengan India. Mereka membawa pulang ajaran Buddha serta kebudayaan, kesenian bangunan dan konsep-konsep politik Hindu dari rantau India. Hal ini seterusnya turut memberi kesan kepada perkembangan kebudayaan Burma moden dan pertubuhan-pertubuhan politiknya.  

Kalender Pyu didasarkan kepada kalendar Buddha dan seterusnya diangkat menjadi kalendar Burma. Kesarjanaan terkemudian, walaupun tidak sependapat, mencadangkan bahawa aksara bahasa Pyu, didasarkan kepada aksara Brahmi. Aksara dari bangsa Pyu ini kemudian dikatakan menjadi aksara bagi bahasa Burma pula.

Tamadun berjuta tahun ini turun ke selatan pada abad ke-9 M apabila negara-negara kota tersebut dihancurkan melalui penaklukan tak berhenti-henti dari kerajaan Nanzhao. Orang Bamar yang datang dari Nanzhao, mendirikan kubu kota di Bagan sekitar pertemuan Sungai Irrawaddy dan Sungai Chindwin. 

Penempatan bangsa Pyu kekal di Hulu Burma untuk tiga abad seterusnya namun bangsa Pyu sedikit demi sedikit diserap menjadi bangsa Burma dengan perluasan kerajaan Pagan. Bangsa dan bahasa Pyu masih lagi wujud sehingga lewat abad ke-12 M. Menjelang abad ke-13 M, bangsa Pyu mengambil identiti Burma pula. Lagenda dan sejarah mereka turut diserapkan menjadi milik bangsa Burma. 

Setakat ini, hanya negara-negara kota seperti Halin, Beikthano (Viṣu) dan Śrī Ketra sahaja yang diberi status Warisan Dunia oleh UNESCO. Tapak-tapak sejarah lain mungkin akan ditambah sebaik sahaja penemuan dapat disahkan.

Kandungan

Latarbelakang
Negara-Negara
Ekonomi
Kebudayaan
Senibina
Maklumat Tambahan

Rujukan: Klik di sini untuk mengakses bahan-bahan.